Saturday, February 12, 2011

CABARAN KEPADA ANDA SEMUA..!!

Assalamualaikum,
Salam sejahtera
Hari ini saya berasa terpanggil untuk 'mencabar' anda semua yang berasa sudah pandai tentang agama ini, kerana baru-baru ini telah sampai ke telinga saya di kalangan kawan-kawan dan orang-orang sekeliling yang membincangkan agama tanpa ilmu, adakala hanya menurut sangkaan dan juga hawa nafsu. Kebanyakannya hanya bertaklid tanpa ilmu (taqlid buta).
Cabaran saya ialah,
sila download kuliah ini tentang AQIDAH QADARIAH - perjelasan terperinci, namun kuliah ini hanyalah bahagian kedua tentang tajuk ini. Marilah kita sama-sama merenung dan muhasabah diri kita... apakah kita termasuk di dalam golongan yang tersesat ini atau kita hampir termasuk???
Dengarlah berkali-kali dan fahami, penjelasannya adalah berdasarkan nas yang sahih dan jelas.
Agama Islam adalah agama ilmu....bukan omongan kosong, ilmu agama islam hanya merujuk dan bersumberkan Al Quran dan hadis sahaja. Maka pada bila-bila sahaja bila terdapat sebarang keraguan tentang agama, kembali lah kita kepada Al-Quran dan Sunnah.

p.s. lepas dengar, boleh salin ke cd, jadikan audio cd... sebarkan kepada kawan2 dll....
tq.