Thursday, September 17, 2009

Hadiah untuk dikongsi bersama...

Assalamualaikum,Subhanallah.... begitu cepat masa berlalu... kini kita hampir ke penghujung Ramadhan.. menuju ke Syawal pulak. begitu cepat masa berlalu, begitu juga dengan umur kita semakin meningkat dan semakin hampir pula lah kita menuju kepada kematian yang pasti. Soalannya... sudah kita bersedia dengan bekal...BeKal menuju ke alam yang kekal. Fikirkan.
Sempena bulan yang mulia ini... saya uploadkan 2 siri kuliah yang teramat penting (sebenarnya semuanya penting). Merupakan perbahasan tentang manhaj Ahlussunnah Waljamaah, sesiapa sahaja yang mengaku dirinya Ahli Sunnah Waljamaah perlu memahami perbahasan ini. Seperti biasa Dr Abdullah Yasin akan memberikan gambaran yang jelas juga penerangan2 ini disertakan dengan hujah2 dari Al Qur'an dan hadis yang sahih.Yang kedua ialah perbahasan mengenai golongan Salaf iaitu golongan yang perlu dijadikan contoh dalam memahami manhaj Ahlussunnah waljamaah.

Selamat menyambut Syawal..Selamat belajar danmohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan yang tak tersengajakan.

Saya cadangkan anda burn ke CD... boleh dengar dalam perjalanan pulang ke kampung... pastu.. dah habis dengar.. berikan kepada saudara-mara, kongsikan bersama.. sebab kita ni tak pandai nak berceramah, jadi berikan saja CD ni... insyaAllah pahala pun dapat.

http://www.4shared.com/file/133264960/6898f6d8/golongan_salaf_small.html

http://www.4shared.com/file/133264987/687f4ef5/manhaj_ahlussunnah_small.html

Tuesday, September 1, 2009

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum,
agaknya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan istiqamah melakukan ibadah qiyam di bulan yang mulia ini..
sempena bulan yang mulia ini, saya berikan 3 kuliah mp3 serentak...
1. panduan solat - 2
2. Smart ramadhan 1
3. smart Ramadhan 2

Kesemua kuliah ini spt biasa disampaikan oleh Dr. Abdullah Yasin (dirakam sendiri oleh saya)
marilah kita berkongsi ilmu yang bermanfaat ini:- (download, dengar, sebarkan)

http://www.4shared.com/file/129285509/2152964a/solat_02.html

http://www.4shared.com/file/129285517/dff18a0c/smart_ramadhan_pt_02_small.html

http://www.4shared.com/file/129285524/6dd58875/smart_ramadhan_pt_01_small.html