Saturday, August 23, 2008

Mari berkongsi dan belajar... masa semakin hampir...

Perkongsian Ilmu...
Maksud hadis, Sabda Rasul s.a.w., bila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya, kecuali 3 perkara,
1. Ilmu bermanafaat yang diajarkan...
2. Sedekah Jariah
3. Anak soleh yang mendoakannya.
Setelah beberapa ketika aku mengikuti kelas pengajian ilmu yang diadakan di beberapa tempat di Lembah Klang.... aku berasa terpanggil untuk berkongsi ilmu yang kupelajari ini dengan seberapa ramai yang boleh, bukan apa, setakat ini setelah beberapa waktu mengikuti kelas pengajian ini... aku masih merasakan keterujaan (Alhamdulillah) yang belum surut2.... aku harap 'keterujaan' ini dapat aku kongsi bersama sesiapa sahaja yang berminat mendalami agama Islam yang suci ini...
Aku mempunyai beberapa rakaman audio dan video dari kelas pengajian ini terutamanya kelas tafsir, hadis dan juga aqidah....untuk dikongsi. Namun disebabkan keupayaan teknikal yang terhad, aku cuma mampu hanya berkongsi satu file audio sahaja dalam satu masa...
Tajuk yang berlainan akan ditukar dari masa kesemasa.... bagi sesiapa ygn berminat... haruslah memasuki blog ini secara konsisten dari masa kesemasa...
(blog ini akan diupdate dari masa ke semasa)
1. Ibadah Haji dan Umrah - menurut cara Rasul s.a.w. - oleh Dr Abdullah Yasin
harga - RM13.50 (termasuk pos, RM3.50)
Format: MP3 - (2 jam - haji & Umrah)
cara:-
i. maybank2u: 162740029022
ii. emel: pastekan transaction details
iii. berikan alamat yang betul dan tepat
iv. Sms - ref. no maybank dan jumlah - 0133248283