Friday, October 7, 2011

Hadiah terbaru - Kuliah HAKIKAT 2 KALIMAH SYAHADAT

Salam semua.... mohon maaf  sebab agak lama juga tidak menyumbangkan apa-apa..
Mulai hari ini anda boleh 'download' kuliah dari buku 'HAKIKAT 2 KALIMAH SYAHADAT' oleh
Dr Abdullah Yasin.

Saya percaya banyak di antara kita masih kabur tentang kalimat ini, oleh itu janganlah kita bazirkan masa lagi, marilah belajar...sebanyak mungkin untuk mendalami persoalan ini ...
Kuliah ini masih berjalan dan anda bolehlah download secara percuma.
Hari ini saya akan berikan beberapa kuliah dahulu.... dan akan disusuli oleh lain-lainya kemudian.. insyaAllah.

klik pada tajuk di bawah:-

1. HAKIKAT 2 KALIMAH SYAHADAT 01

2. HAKIKAT 2 KALIMAH SYAHADAT 02

3. HAKIKAT 2 KALIMAH SYAHADAT 03

4. HAKIKAT 2 KALIMAH SYAHADAT 04

5. HAKIKAT 2 KALIMAH SYAHADAT 05

6. HAKIKAT 2 KALIMAH SYAHADAT 06



dan jika anda berminat mengikuti kuliah ini secara live boleh lah ke facebook Dr Abdullah Yasin... di sana akan diberikan link untuk akses ke video ustream.
Kuliah ini dijadualkan pada setiap hari Isnin, jam 9.30 pagi


Terima kasih, selamat belajar

Friday, September 9, 2011

PEMAIN MP3 - USB TERBARU

BERITA BAIK 
untuk pencinta ilmu....
dapatkan pemain MP3 - usb pen drive
anda boleh muat turun MP3 fail dari link spt.. mumaktabaty.com atau kuliah.net atau lain2...
kemudian masukkan dalam pendrive anda dan mainkannya dengan pemain mp3 ini,
Kini anda boleh mendengar ceramah ilmu di mana2 sahaja...
Spesifikasi:-
- Bateri cas seperti handphone
- sekali cas boleh tahan 3 jam +-
- ada radio + antenna
- boleh guna sebagai speaker phone, pc, laptop dsb

HARGA: RM95.00 (tidak termasuk pos RM15.00)
sms: 0133248283 - lanz
email: lanz6121@yahoo.co.uk

Monday, July 25, 2011

Armen Halim Naro

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan, bulan yang penuh berkah.
Semoga saya dan anda dapat menmanfaatkan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Dapatkan kad ucapan Ramadhan (RM3.50) beserta CD percuma tentang 'Belajar Beribadah'
dari
sini

Thursday, May 26, 2011

Sampaikan walau satu ayat...

"Sampaikan dariku walaupun satu ayat" - maksud hadis Nabi saw.

Assalamualaikum,
Sebenarnya terlalu banyak ilmu yang ingin saya kongsikan dengan anda - 'pencinta ilmu' namun atas kelemahan diri sendiri, masa terasa terlalu terbatas. Maafkan atas kelewatan ini. hari ini saya ingin berkongsi dengan anda ilmu yang disampaikan oleh seorang pendakwah, Dr Abdul Basit ataupun lebih dikenali sebagai Abu Anas madani. Ini merupakan 1 daripada berpuluh rakaman kuliah beliau berdasarkan kitab 'mestika hadis'
Nasihat saya... janganlah abaikan perkongsian ilmu ini kerana banyak boleh dipelajari dari perkongsian ini kerana mungkin ada di antara anda lebih memahami apa yang disampaikan daripada kami.


Selamat Belajar dan sebarkan

klik sini  

Thursday, March 31, 2011

Akhlaq seorang muslim

Sudah terlalu banyak kita dengar tentang akhlak umat Islam di negara kita ini terutama orang melayu yang menganut agama ini secara warisan.
Marilah kita sama-sama menginsafi 'fenomena' ini dan bersama-sama berusaha bermula dengan memperbaiki diri dan keluarga kita agar terselamat di kemudian hari - akhirat kerana itu pada hakikatnya adalah matlamat kita semua sebagai umat Islam.

Hadiah untuk anda yang prihatin


LEPAS DENGAR, boleh kongsi, salin ke cd atau sebarkan site ini,
agar bermanfaat di dunia dan akhirat

Saturday, February 12, 2011

CABARAN KEPADA ANDA SEMUA..!!

Assalamualaikum,
Salam sejahtera
Hari ini saya berasa terpanggil untuk 'mencabar' anda semua yang berasa sudah pandai tentang agama ini, kerana baru-baru ini telah sampai ke telinga saya di kalangan kawan-kawan dan orang-orang sekeliling yang membincangkan agama tanpa ilmu, adakala hanya menurut sangkaan dan juga hawa nafsu. Kebanyakannya hanya bertaklid tanpa ilmu (taqlid buta).
Cabaran saya ialah,
sila download kuliah ini tentang AQIDAH QADARIAH - perjelasan terperinci, namun kuliah ini hanyalah bahagian kedua tentang tajuk ini. Marilah kita sama-sama merenung dan muhasabah diri kita... apakah kita termasuk di dalam golongan yang tersesat ini atau kita hampir termasuk???
Dengarlah berkali-kali dan fahami, penjelasannya adalah berdasarkan nas yang sahih dan jelas.
Agama Islam adalah agama ilmu....bukan omongan kosong, ilmu agama islam hanya merujuk dan bersumberkan Al Quran dan hadis sahaja. Maka pada bila-bila sahaja bila terdapat sebarang keraguan tentang agama, kembali lah kita kepada Al-Quran dan Sunnah.

p.s. lepas dengar, boleh salin ke cd, jadikan audio cd... sebarkan kepada kawan2 dll....
tq.

Saturday, January 29, 2011

HADIAH BUAT SEMUA YANG CINTAKAN ILMU

Aqidah Imam Syafi'e
Kita sering mengatakan kita mengikut mazhab Imam syafie, tetapi tahukah kita apakah pegangan aqidah beliau? Marilah kita sama-sama mendengar dan memahami apa yang dikatakan aqidah Imam Syafie. Agar sama-sama berilmu dan tidak hanya bercakap kosong sahaja.
Klik di bawah untuk download percuma.
Selamat belajar....