Thursday, December 25, 2008

Jangan Lepaskan yang ini.....

TUNTUTAN 2 KALIMAH SYAHADAH
Alhamdulillah,
2 file audio untuk anda semua... saya harap jangan lepaskan yang ini.. kerana bagi saya inilah antara audio yang paling penting untuk dimiliki dan difahami oleh semua yang mengucapkan 2 kalimah syahadah.
Disampaikan oleh Dr. Abdullah Yasin beberapa tahun lepas di Sg. buloh... penjelasan yang mantap dan padat.. yang ni saya sarankan didengar berkali2... sehingga jelas terpahat dalam minda.... waima.. saya telah mendengarnya berkali2, masih merasa ada point2 yang baru setiap kali mendengarnya (mungkin otak tak cukup cerdas.. hehhee)
Harapan saya, setelah mendengarnya... sebarkan kepada sesiapa yang anda prihatin dan sayangi...

wasalam.

sila link dan download kat sini:-

http://www.4shared.com/file/77340872/42d0c7df/SYAHADAH_01_1.html

http://www.4shared.com/file/77340874/abb362ea/SYAHADAH_02_1.html

DOWNLOAD FILE AUDIO

Kepada sesiapa yang pernah download dari sini diharap dapat memberikan komen dan feedback untuk kesempurnaan di masa akan datang. Yang tidak berjaya sebelum ni harap dapat komen supaya saya boleh upload file tu lagi sekali... kerana 'rapidshare' cuma benarkan 10x download shj.. (baru kusedari) ... maaf ye!
1. lepas download
2. buka quicktime player utk dengar (dengar sekurang2nye 3 x untuk menghadam ilmu yg disampaikan)
3. kalau boleh forwardkan kpd. saudara/sahabat/rakan sesiapa saja - untuk memanjangkan usaha dakwah ini (cpy ke cd dsbnya....)
Selamat berjaya!!!

Monday, December 22, 2008

Audio - 3 simpulan syaitan

Untuk yang tak berjaya download hari tu... cuba link baru (di bawah). Rapid share cuma bagi 10x download sahaja.


Alhamdulillah, sempat juga convert file ni...
Maaf lah kerna masih guna format .amr - sebab format ni paling kecil dan mudah utk download..
bila dah download boleh open guna - quicktime player atau realplayer .

Ceramah oleh Dr Abdullah Yasin utk sesaper yang liat nak bangun pagi...
bersama kita ambil manfaat

download file ni kat link:-

disini ada link baru, cuba yang ni pulak:-

http://www.4shared.com/file/77339495/8405150c/3_simpulan_syaitan_1.html

Thursday, December 4, 2008

Maaf lah...

Alhamdulillah... ada yang berminat dengan audio di sini...
Saya mohon maaf sekiranya terdapat kesulitan men'download' file2 tersebut.. pasni saya nak letak file .wma pulak... mungkin lebih baik dan lebih ringan... lepas download boleh terus play dengan window media player, insyaAllah boleh.

Maaf sekali lagi kerana terdapat video kat u tube tu yang tak senonoh... itu adalah kelemahan diri saya kerana kurang arif/ilmu dalam mengendalikan 'link' kan utube... sori yer...(baru belajar blogging ni...)

Wednesday, October 22, 2008

Kongsi Lagi!

Pagi tadi semasa bersiap nak pi kerja... seperti biasa, saya mencari bahan untuk didengar dalam perjalanan (CD) - perjalanan ke tmpt kerje biasanya mengambil masa kira2 1 jam lebih sikit... kalau jem... ada lah dalam 1 1/2 jam.
Belek punye belek terjumper.. cd berlabel 'cinta Rasul'- oleh Dr. Asri, dah lama ni... kira2 thn lepas punya cd... tapi takper ler.. untuk tujuan ulangkaji. Mengenai maulidul Rasul.. aqidah... cintakan Rasul dan berbagai lagi, penjelasan yang begitu jelas oleh Dr Asri (bagi saya) dan berasa terpanggil untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat dengan anda semua....
sila link kat address ni:-

http://rapidshare.com/files/156680098/cinta_pada_rasul_1.amr.html

Audio Percuma - Bahaya Syirik


Untuk yang tak mampu nak beli CD atau yang nak berjimat cermat, tapi ingin memiliki /mendengar audio yang amat berharga ini... boleh lah download dlm format 'amr' di link ini.... cuma 12.6MB - 2 file

http://rapidshare.com/files/156345729/BAHAYA_SYIRIK1_1.amr.html
http://rapidshare.com/files/156343780/BAHAYA_SYIRIK_2_1.amr.html

Sunday, October 19, 2008

Mari berkongsi Ilmu

Alhamdulillah,
Terbaru: Audio CD - Bahaya Syirik oleh Dr Abdullah Yasin
sangat berguna untuk muslimin-muslimat mengenalpasti jenis2 syirik dan juga untuk panduan dalam mengakhiri perjalanan yang singkat ini. Sesuai juga dihadiahkan kepada sesiapa yang kita sayangi dan
Saya telah menyiapkan beberapa cd audio untuk dikongsi bersama anda yang minat untuk memiliki CD ini.
2 keping cdAudio - RM10.00 + 3.50(pos) = RM13.50
bank-in maYBANK: 162740029022
emel: lanz6121@yahoo.co.uk
Tajuk:
Kuantiti:
SMS: 013 3248283: transaction ref no.
alamat penuh,
no tel:

Saturday, August 23, 2008

Mari berkongsi dan belajar... masa semakin hampir...

Perkongsian Ilmu...
Maksud hadis, Sabda Rasul s.a.w., bila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya, kecuali 3 perkara,
1. Ilmu bermanafaat yang diajarkan...
2. Sedekah Jariah
3. Anak soleh yang mendoakannya.
Setelah beberapa ketika aku mengikuti kelas pengajian ilmu yang diadakan di beberapa tempat di Lembah Klang.... aku berasa terpanggil untuk berkongsi ilmu yang kupelajari ini dengan seberapa ramai yang boleh, bukan apa, setakat ini setelah beberapa waktu mengikuti kelas pengajian ini... aku masih merasakan keterujaan (Alhamdulillah) yang belum surut2.... aku harap 'keterujaan' ini dapat aku kongsi bersama sesiapa sahaja yang berminat mendalami agama Islam yang suci ini...
Aku mempunyai beberapa rakaman audio dan video dari kelas pengajian ini terutamanya kelas tafsir, hadis dan juga aqidah....untuk dikongsi. Namun disebabkan keupayaan teknikal yang terhad, aku cuma mampu hanya berkongsi satu file audio sahaja dalam satu masa...
Tajuk yang berlainan akan ditukar dari masa kesemasa.... bagi sesiapa ygn berminat... haruslah memasuki blog ini secara konsisten dari masa kesemasa...
(blog ini akan diupdate dari masa ke semasa)
1. Ibadah Haji dan Umrah - menurut cara Rasul s.a.w. - oleh Dr Abdullah Yasin
harga - RM13.50 (termasuk pos, RM3.50)
Format: MP3 - (2 jam - haji & Umrah)
cara:-
i. maybank2u: 162740029022
ii. emel: pastekan transaction details
iii. berikan alamat yang betul dan tepat
iv. Sms - ref. no maybank dan jumlah - 0133248283

Tuesday, May 6, 2008

Macam Tak Percaya

Macam Tak Percaya

Bila kah kali terakhir kita bertanya pada diri sendiri....
Apakah usaha kita untuk melayakkan diri ini mendapat redha Allah dan seterusnya mendapat nikmat syurga di akhirat kelak?
Usaha yang bagaimana?.... sedikit? banyak ?.. banyak mana?..
Bayangkan nikmat syurga yang tak tercapai oleh akal..... dibanding dengan usaha yang sedikit...
hampeh...

'Manual' larangan dan suruhan ini terbentang di hadapan kita selama ini... itulah Al-Qur'an al Karim. Apakah inisiatif kita selama ini untuk mempelajari dan memahami isi kandungan kitab yang mulia ini?... tak nak ker?
atau masih memikirkan usia yang pendek ni takkan berakhir sekejap lagi?.. mungkin..